Friday, December 4, 2009

Ulang Tahun Perkahwinan 2009

1 Disember 2009 adalah hari ulang tahun perkahwinan kami. Masing-masing senyap jer pagi tuh. Kelam kabut nak bersiap gi keje. Abah sibuk nak gi Outstation. Pekena teh tarik n roti bakar kat kedai mamak. Lepas tuh Abah cepat-cepat nak pi Alorstar, Jam pun dah pukul 10.00am. Meeting pukul 2.30ptg. Kesian abah ya... Dalam hati ma, apa la abah ni, hari aniversary pun lupo koooo. Apa lagi, ma tipon Abah masa abah tengah drive n wish happy anniversary. Abah poyoooooo tull la. Wish me Happy Anniversary n doa... amin. Semoga Allah merahmati kehidupan kami, memanjangkan jodoh kami dan memurahkan rezeki kami.   Nak beli apa ya!! Masa lunch time, ma ke Sogo bersama officemate. ma jadi bengong... apa la nak bagi Abah nih. Esok harinya ma melangkah ke Pertama Complex.

Bargain harga dengan taukeh kedai. Taukeh kata design baru tuh. Taukeh tuh letak harga RM500.00. Adusssss mana nak cari duit nih. bargain lagik. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga beli dengan harga mampu milik. Taukeh kedai nampak tension hehehe. Ketika itu ma rasa happy sangat dapat beli hadiah untuk abah. Harap2 abah suka. Petang tuh ma balut hadiah abah dalam kotak kasut. Dalam kotak tuh ada acuan roti jala. kotak jam ma bungkus dengan kertas surat khabar. Mesti abah panic dapat hadiah macam tuh hehehe. Tipon abah cakap ada hadiah untuk abah. eiiiiiiii abah happy jer. X sabar nak balik umah. Petang magrib abah call tanya ma nak tak set periuk harga RM700.00. wowwwww.. emmmm x pa la abah. Bukan ma x nak tapi ma serba salah sebenarnya. Ma cakap abah beli periuk tuh di KL. Barang-barang Penang ni mahal gak. Abah sounds panic sebab hadiah untuk ma x beli lagiiii. Sabar la abah. Abah sampai pukul 5.00 pagi, buka hadiah tapi kelakar muka abah berkerut tengok acuan roti jala hehehe.Abah tanya apa benda ni??? ma cakap ini benda untuk reduce dengkuran abah . heheheh. Abah pegang kertas serabut tuh nampak kotak jam. Abah happy... emmm besarnya jam abah hehehhe.
Esok pagi abah tanya ma nak hadiah apa? ma nak handbag tau abah. Petang ada surprise untuk ma. Dapat bunga roses n tulip tanda " I LOVE U SO MUCH" ... Romantis juga hubby ma nih

Abah kata handbag nanti ma pilih bila gi shopping.... thanks abah...


Thursday, December 3, 2009

RESEPI MENGEKAL KEBAHAGIAN SUAMI ISTERI




Resepi agar cinta suami isteri tetap utuh:-

1. Lontarkan pujian pada pasangan
*lemparkan pujian pada pasangan dengan hati yang ikhlas. Yang pasti pasangan akan bahagia dengan pujian tersebut.
2. Seks=Wajib
* Ini adalah faktor pengikat suami isteri dalam rumahtangga
3. Jadilah pasangan yang boleh diharap
* Bantulah pasangan sekiranya dia dilanda masalah. Cuba ceriakan dirinya sewaktu kesedihan. Jadikan diri anda sebagai sahabat dan memberi perlindungan agar pasangan berasa selamat
4. Jangan abaikan masalah kecil
*setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan segera. Hindari perkara yang menyakiti pasangan. Elakan tido sebelum masalah itu selesaikan. Ianya akan mempengaruhi emosi serta aktiviti anda keesokan hari.
5. Jagalah komunikasi
*Sentiasa berhubung dengan pasangan. Sentiasa bersembang, meminta pendapat atau sekadar bercerita apa yang berlaku seharian
6. Saling mempercayai
* Agar cinta suami isteri sentiasa kukuh melewati masa, faktor kesetiaan tidak boleh diabaikan. Harus memegang dan menjaga kepercayaan insan yang disayangi. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap negatif yang tiada asas atau tiada bukti.
7. Perbaiki cinta anda selalu
*Sentiasa menambah cinta yang ada dengan memberi suasana baru dalam kehidupan rumah tangga. Sentiasa bercuti bersama pasangan, anak, makan malam romantis untuk mengeratkan lagi perhubungan.

Tuesday, November 24, 2009

Acha Blurrrrrrrr


Acha rajin membaca. Apa pun kurniaan Allah pasti mama terima sebaik dan seburuknya. Bercita-cita nak jadi Chef dan mempunyai tadika sendiri. Terlalu suka kepada budak-budak. Mungkin senang nak buli budak-budak la tuh hehehe.  Anyway Muka Acha always shows blur bila ma n abah tanya sesuatu. My blood go up lerrrrrrrrr apa lagiiii MUKA BLURRRRRRRR



Bila mama gi outstation, Acha akan gosok baju Abah. Acha amat mengambil berat tentang Abah n Mama. Acha memang budak yang baik sometime degil sangat. Abah kata ikut perangai mama. Well degil bertempat tak pa la.



Acha cepat belajar berenang. Abah ajar anak-anak berenang. Mama hanya boleh berendam jerla  Epan macam mama takut air gak. Syukur la Acha dah boleh berenang dan menyelam.



Nak tau apa komen Ustazah sekolah agama.." Seorang murid yang terlalu manja dengan Ustazah n Ustaz. Sukar serius dalam pelajaran tapi mendengar kata apa Ustazah cakap. Muka Acha macam budak cerdik dan amat peramah dengan sesiapa saja. Tapi tak sematang macam kawan seusia dengannya. Mama bangga Acha masih dalam KELAS A walaupun periksa no puluh puluh hehehe. Acha please dont give up okkk

Ma jawab kalau muka cerdik nak wat apa Ustazah kalau Otak kosong n x matang. Ustazah percaya tasha boleh maju dalam pelajaran. Mama doakan Acha berjaya dalam pelajaran dan semoga menjadi anak yang soleh.


Kerisauan  ma bertambah bila ada budak lelaki duk minat kat Acha. Abah more relax, ma pulak more penyibuk. Abah bagi Acha berkawan dengan siapa saja. Ma pulak selalu cakap Acha perlu pilih kawan. Kekalkan hubungan kawan yang mempunyai sifat-sifat murni.
Ma always notice, ada jer budak lelaki bagi macam2 kat Acha. Apa lagi ma buat CSI.

Saiful minat kat Acha. Acha cakap "Bapak saya kata kalau awak suka kita kena bagi cengkeram RM25,000.00." Saiful cakap eiiiiiiii mahalnyaaaaaaaa, x jadi la kita kawan awak. hehehehe Acha lurus bendul tulll, apa Abah cakap semuanya dia ikut... Cian saifulllllllllll hehehe


Friday, November 13, 2009

E-pan Cengeng


Semalam, ma ambil kad laporan(report card) Epan n Tasha di sekolah agama. Alhamdulillah keputusan peperiksaan kategori OK. Hujan lebat sangat menyebabkan ma bawa Epan ke ofis. Semasa menunggu train, Epan terus terbaring dan tergolek-golek apabila ma beritahu dia Tasha periksa no 1. Epan kata dia x percaya langsunggg. lepas tuh merengek suruh beritahu yang benarrrrrrrrr.


Epan telefon Abah to confirm. abah kata abah x tahu, abah outstation. Betul la Tasha dapat no 1. Epan x caya jugakkk. hehehe cian Epan tercabar rupanya. Sampai ofis, auntie Roza tanya periksa no berapa? Epan jawab 20. Roza cakap patutnya periksa no 1 ker 2 ker. Epan bisik kat ma, eiiiiiii mama kata periksa no 20 ok kan kan. Ok la no 20 tuh. Keputusan 3A 2B . Semasa perjalanan pulang, Epan ulang ketidakpuasan tasha periksa no 1. ma cakap betul la tuh.. Epan fed-up dengan ma, Epan cakap ma berlagak macam Afira hehehe. Ader ker patut epan nihhhhh. Mula la wat perangai dlm train. manja semacam jer. siap minta maaf kat mama. Epan bucuk niiiii.....

Thursday, October 29, 2009

Raya 2009






Menyambut raya bersama keluarga tercinta di kampung subang. Mak dan Abah amat gembira sekali kerana semua anak-anak ada bersama. Tema warna baju raya warna pink. Sedondon dengan kerabat Penang. Baju raya kali ini dijahit oleh kakak kesayanganku Janiah. Tak lupa juga kami sediakan baju raya sama warna untuk Abah dan mak tapi malangnya Kak Jan tidak sempat buat baju raya untuk mak... Frust pula rasanyaa.. Tak pa la tunggu raya haji pulak.

hubby, Acha n E-pan bergambar di pagi raya. Abah terus hantar gambar ni ke hp Abang Nan di Penang. Hati ma terusik melihat abah n anak-anak amat gembira di pagi raya. Maklumlah E-pan baru saja pulih dari sakit paru-paru. Abah pula sibuk dengan kerja dan outsation.


Ini gambar along sekeluarga bersama abah. Tema warna baju warna kuning. Anak-anak along dah besar. Semuanya lelaki. Yang perempuan kecil tuh Eira anak kepada adik lelaki. Semoga diberkati Allah semuanya.








syukur Alhamdulillah, Dengan izin Allah, kami masih dapat mengharungi kehidupan bersama. Anak-anak membesar depan mata. Suami selalu berjenaka memeriahkan dan mewarnai kehidupan ma. Ma sentiasa ingat pesan abah dan mak.... JAGA SUAMI, TAAT SUAMI DAN DIDIK ANAK-ANAK DGN BAIK". Insyaallah ...

Wednesday, September 9, 2009

Birthday hubby n Son


Anak lelaki dan suami dilahirkan pada tarikh yang sama, 31 Julai. Perangai pun sama juga tapi bezanya Epan ada type MAT SMART tahap maksimum. Abahnya jarang nak Smart tapi bila jumpa kawan-kawan baru nak Smart skit. Petang 31 julai, Abah bawa kami makan di Pizza Hut Bukit Bintang. Tempat favourite kami, ramai orang international. Cantik tempat tuh. Hari Ahad pula, sambut birthday di rumah mak di kampung. Sempena harijadi, Abah pakai baju yang dibeli oleh mama. Epan pakai kasut baru sempena hadiah hari jadi. Baju dan kasut beli di SOGO, kos RM150.00. Happy sangat Abah n Epan dapat hadiah. Alhamdulillah ada rezeki untuk Abah n Epan. Untuk menu harijadi, Noura masak mee rebus, nasi briyani+ayam dan agar-agar milo. singgah di kedai kek, Birthday boy sibuk memilih kek. Noura pilih kek 1/2 kilo untuk hubby. cian hubby kena bayar kek tuh hehehe. Tak pa la kan, rezeki yang ada perlu berkongsi, Bila sampai ke rumah nenek, anak-anak kak long dah balik sepang. Penat dah tungu kami kata mak. Eira menjemput kawan-kawanya datang menyambut harijadi epan dan abahnya.
Mula2 abah, mama, Acha, Eira, Nenek dan kawan-kawan menyanyikan lagu bithday untuk Epan sahaja. Epan tiup lilin n potong kek. Selepas kawan-kawan menjamu selera, Mak nyanyi lagu
Allah selamatkan kamu khas untuk Abah. semua ikut menyanyi sama. lepas tuh Abah pulak nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri. Happy birthday to meeeeeee. Semua orang gelak sebab Abah wat lawak. Mak nampak gembira walaupun mak masih dalam rawatan KIMO dan lemah tubuh badan. Harapan kami, mak cepat sembuh.

Thursday, July 23, 2009

PURE PERFUME HER N HIM



Pure Mediterranean Perfumes adalah pati minyak wangi tulen yang berkualiti tinggi 100% pati asli rahsia keajaiban wangian sepanjang hari. Perfume yang tahan lama disamping harganya yang berpatutan Value For Money dan sesuai untuk semua golongan usia. Pure Mediterranean Perfumes adalah Halal tanpa alkohol, tiada campuran air atau white oil dan boleh digunakan semasa solat tanpa sebarang keraguan. Bau-baunya sungguh harum dan digemari.