Wednesday, December 28, 2011

Singapore 1

Setelah menaiki monorail dan menjelajah seluruh daerah Singapura, akhirnya sampai ke Sentosa Station. Kelakar sangat jadinya. Mula2 plan,Sharizan mengambil langkah yang betul. Ingatkan Singapura macam Malaysia, landasan berlainan setiap daerah. Rupanya ada 4 jenis monorail yang boleh pergi ke kawasan yang sama. Yang beza adalah laluan perjalanan. Adoiii terambil jalan jauh pula. Kami diberitahu oleh singaporean, ambil Monorail cepat sampai dari naik bas express.
Nasib baik ada Abang Jan....
kami berpatah semula dan ambil jalan monorail yang paling pantas ke Sentosa station. yeszzzz ambil train color ungu ... next year kami x sesat lagi. insyaallah.

Tuesday, October 4, 2011

Tanda-Tanda Saat Kematian

Tanda-Tanda Saat Kematian


100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.


******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.



Sekian untuk ingatan kita bersama....-Fanpage Nur MujahidahSee more

Wednesday, September 28, 2011

Amalan terbaik oleh ibubapa supaya anak dapat menjawab soalan peperiksaan

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN... DENGAN MUDAH DAN TENANG

 Info dikutip dari my FB:

Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.





Wasallam.See more

by: MataHati AinulQalbi

.

LikeUnlike · · Share · 13 minutes ago

Wednesday, August 3, 2011

hotel

Bersantai di hotel Shangri la Putrajaya. Bilik yang amat selesa, maklum la harga bilik RM300++ dan  kami menikmati keindahan putrajaya di hotel shangri la.

Anak-anak amat gembira dengan permandangan yang amat indah. Cool and nice view.

Anak daraku, Acha.

Acha n mama, tak nampak pulak permandangan di belakang

Mama n Epan

Mama n Abah
Imagine.. rumah seperti ini... ermmm bila ya nak jadi suku jutawan 

Wednesday, July 27, 2011

Rencah Kehidupan : Makcik Nasi Lemak

                  Setiap pagi pasti ada Makcik Nasi Lemak di tepi pagar kawasan perumahan ini. Saya tidak terkecuali teringin merasai Nasi lemak Makcik.  Apatah lagi melihat banyak kereta berhenti di tepi jalan untuk membeli jualannya. Kesempatan pagi itu dapatlah saya menunaikan hasrat yang terpendam sekian lama. Saya membeli 2 bungkus nasi lemak yang telah siap dibungkus itu dan 8 keping kuih muih yang begitu comel potongannya. Memandangkan harganya dan size kuih dan nasi lemak, di dalam hati saya telah pun merungut. " Amboi mahalnyaaaa".. hati pun berkata lagi".. x pa lah mesti sedap".. Sampai dirumah saya hanya menjamah 3 sudu nasi lemaknya dan berapa kuih yang tidak cukup rasa. " Adusssss makcik nih...  nasi lemak aku buat lagi sedap".. Tipah tertipu... tipah tertipu... 
                   Sejak itu, saya tidak lagi berangan untuk membeli jualan makcik tepi pagar. Apa yang saya musykilkan, pasti jualannya habis setiap hari. Pasti ada orang singgah membelinya. Kenapa ya?, Ini mesti orang KL tak kisah pasal makan. Janji makan dan kenyang dah cukup syarat sarapan pagi. Puas saya memikirkan perihal manusia yang suka beli Nasi Lemak tepi pagar. Mungkin manusia citarasa berlainan. Mungkin saya amat cerewat tentang makanan... semuanya mungkin... apa la ko ni... banyak sangat pikirnya.. Ermmm tak sedap pun tetap orang beli..
                  Yang pasti saya telahpun menemui jawapannya. Itu adalah rezeki Allah. Makcik Nasi Lemak sanggup membuka payung setiap hari. Sanggup dia menyusun barang jualan atas meja. Sanggup dia berhujan dan berpanas hanya menjual nasi lemak dan kuih semata2 untuk mencari rezeki. Keikhlasan dia mencari rezeki, dia dirahmati Allah. Syukran alhamdulillah, Allah mematangkan fikiran saya. Maafkan saya makcik kerana merungut. Saya berdoa agar Makcik dianugerahkan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.Thanks Allah.  


                    
               

Thursday, July 21, 2011

Sentuhan dan Inspirasi

Maklumat yg dikutip dari majalah. Gaya kontempari (sesuai utk studio aparment) , gaya moden, gaya Inggeris(ruang luas sesuai), gaya Nusantara, moden klasik x sesuai ruang sempit, gaya tropika(perabot kayu), gaya zen(utk ruangan sempit) dan sentuhan neutral.



Majalah saji ni noura kenal dan beli sejak tahun 1995 lagi..Masa tuh dah berangan rumah idamanku..Pada tahun 2000, alhamdulillah dapat la beli apartment comel dilengkapi swimming pool, tennis court, badminton court dan dewan. Cedihnyaaaaaaaaaa umah tuh x siap lagi hingga la bulan Disember 2011, rumah dijangka siap. Tiap tiap tahun kami meninjau rumah...yang paling cedih RM11,000.00 terbang nak dapatkan rumah comel nih. Alhamdulillah, Atas inisiatif pembeli terutama Kak Ros Hard core, Leslie n friends.. rumah ini dapat disiapkan. Thanks pada Kontraktor juga yang menolong pembeli2 rumah ini.

Jom tinjau lagi kat majalah Impiana pulak 




Erkkk banyaknya inputtttttttt... padan suai guna pelbagai gaya???   boleh ker nih... jom cuba

Sunday, July 3, 2011

KERANA KITA

Hayati lah sajak ini: (diambil dari majalah)


KERANA KITA


____________________

Kerana dia telah kupanggil suami;

Masa lalu tenggelam, bersama bulan

bersama matahari, Masa depan

adalah hidangan, kasih nan luas

tak terperi, Entah hiba,

entah ceria, entah tak ada,

ia misteri

Kerana aku telah dipanggil isteri;

Nescaya kusongsong ,hari dengan erti

Kentalnya semangat,mimpi bukan ilusi

Mercu cinta ini tidak,lunyai menemani hari

Perkahwinan adalah,kota maaf

gerbangnya setia,simpanlah aib kerana

ia adalah rahsia,Sanggulkan wangi

jujur pada hati,Kutiplah bunga damai

di sisi hari

Dalam belentara,cinta yang menyala

Perkahwinan ini,anugerah dari

tepukan bahagia,Kita terus melangkah

tanpa curiga malah siaga

Menyandang restuMu,Illahi, Rabbul Izzati

Kerana kita;

Suami adalah nafas hidup

Isteri adalah,nadi jiwa

Kuala Lumpur

28 Mei 2004

Sunday, June 26, 2011

YOU NEEDED ME

YOU NEEDED ME

I cried a tear,You whipped it dry

I was confused,You cleared my mind

I sold my soul,You bought it back for me

And helped me up,And gave me dignity

Somehow you needed me

*You gave me strength,To stand alone again

To face the world,Out on my own again

You put me high ,Upon a pedestal

So high that I could almost see eternity

You needed me ,You needed me



And I can't believe it's you I can't believe it's true
I needed you, And you were there

And I'll never live what should I feel ,I need a fool

And I finally found someone who really care

You needed me



You held my hand ,When it was cold

When I was lost ,You took me home

You gave me love,When I was empty, and

And turned my light,Back into truth again

You even called me friend



You needed me You needed me

You needed me You needed me

You needed me


Naper la dengar lagu ni mesti jadi cedihhhh... aaaaaa ini mesti dah jatuh cinta lagik.. dengan sapa ya... sapa lagi ??? Pak Tam la

Monday, May 16, 2011

CUBA LAH HEINZ, HUNTS



Noura memang gemar menggunakan produk Heinz dan Hunts dalam menyediakan masakan terutama nasi tomato dan ayam masak merah. Begitu juga menyediakan makanan dalam stail barat.  Bukan niat untuk buat promosi, bukan dapat duit pun buat promosi tapi berbelanja lebih . Mungkin noura ni ada perasaan giler kepada dua product nih sebab keenakan masakan menggunakan produk ini hingga orang berkata sedapnyaa. hingga menjilat jari.  One day, my good friend morni minta noura ajarkan cara2 masak nasi tomato... Amboiii siap member tanya masakan nasi tomato ni, mesti sedapkan... . Baik kita puji diri sendiri.. masuk bakul yang besar2 baru best. Morni pun tanya produk Heinz/Hunts mempunyai sijil halal erkk erkk erkkk...  gagap seketika. aiseyman Halal ker tidak nih.. check kat botol n tin Heinz and Hunts tiada tanda halal.. aduhhhh luruh jantung nih... selalunya noura check tanda halal ker tidak. macam mana leh lupa nih. emmm minggu lalu ternampak iklan Heinz di tv, ada tanda halal..phewww selamattttt rasan. Then check hunts thru internet, perhhhh leganya Halal rupanya...Apa lagi promote la...  






Walaupun mahal produk Heinz tapi kepuasan makan nih tiada tandingan..

Jom tengok apa kata HEINZ dari USA nih:

Satisfying Tastes and Appetites Around the WorldSatisfying Tastes and Appetites Around the World
People all over the world choose Heinz because our brands make mealtime an uncommonly good experience.
Since 1869, Heinz has been developing foods that are superior in quality, taste and nutrition. And while much has changed over the past 139 years, our focus has not— we aim to enrich people’s lives with great-tasting, convenient, and healthy foods every day. As The Good Food Company, our philosophy on food is simple. We use only the finest ingredients and most flavorful recipes to satisfy a variety of tastes, appetites and eating occasions around the world.


Heinz Hits the SpotHeinz Hits the Spot


Whether you’re at home, dining out or on the go, trust Heinz to bring something special to the table, every time. From Ore-Ida®, the leading innovator in frozen potatoes… to Heinz® Beans, a household staple in the United Kingdom…to Plasmon®, Italy’s most trusted baby food, Heinz foods bring smiles to the table.
Bagel Bites® are a trusted, smart snacking option for moms and kids alike. T.G.I. Friday’s® offers snacks and meals that bring the bold restaurant flavors home. Consumers interested in reaching or maintaining a healthy weight while still enjoying the foods they love most rely on Weight Watchers® Smart Ones® and Weight Watchers® from Heinz®. Busy families in New Zealand and Australia reach for Wattie’s®. No matter what you’re hungry for, Heinz foods hit the spot.


Noura x boleh masak nasi tomato tanpa HEINZ and Hunts. Untuk anak2 noura, jangan lupa guna produk ni ya... amboiii ini bermakna my generation guna produk ni kalau memasak... emmm semoga anak2 boleh memasak dengan baik.

Thursday, May 5, 2011

Mengapa piring Astro mengadap kiblat



Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?








KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya - Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.







Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf di keliling Kaabah kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini akan sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji lah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Tq for the beautiful info

Wednesday, March 30, 2011

RAHSIA SOLAT

1: Wajah yang cantik – solat subuh


2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .


Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286..