Resepi agar cinta suami isteri tetap utuh:-
1. Lontarkan pujian pada pasangan
*lemparkan pujian pada pasangan dengan hati yang ikhlas. Yang pasti pasangan akan bahagia dengan pujian tersebut.
2. Seks=Wajib
* Ini adalah faktor pengikat suami isteri dalam rumahtangga
3. Jadilah pasangan yang boleh diharap
* Bantulah pasangan sekiranya dia dilanda masalah. Cuba ceriakan dirinya sewaktu kesedihan. Jadikan diri anda sebagai sahabat dan memberi perlindungan agar pasangan berasa selamat
4. Jangan abaikan masalah kecil*setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan segera. Hindari perkara yang menyakiti pasangan. Elakan tido sebelum masalah itu selesaikan. Ianya akan mempengaruhi emosi serta aktiviti anda keesokan hari.
5. Jagalah komunikasi
*Sentiasa berhubung dengan pasangan. Sentiasa bersembang, meminta pendapat atau sekadar bercerita apa yang berlaku seharian
6. Saling mempercayai
* Agar cinta suami isteri sentiasa kukuh melewati masa, faktor kesetiaan tidak boleh diabaikan. Harus memegang dan menjaga kepercayaan insan yang disayangi. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap negatif yang tiada asas atau tiada bukti.
7. Perbaiki cinta anda selalu
*Sentiasa menambah cinta yang ada dengan memberi suasana baru dalam kehidupan rumah tangga. Sentiasa bercuti bersama pasangan, anak, makan malam romantis untuk mengeratkan lagi perhubungan.


No comments:
Post a Comment