Setiap pagi pasti ada Makcik Nasi Lemak di tepi pagar kawasan perumahan ini. Saya tidak terkecuali teringin merasai Nasi lemak Makcik. Apatah lagi melihat banyak kereta berhenti di tepi jalan untuk membeli jualannya. Kesempatan pagi itu dapatlah saya menunaikan hasrat yang terpendam sekian lama. Saya membeli 2 bungkus nasi lemak yang telah siap dibungkus itu dan 8 keping kuih muih yang begitu comel potongannya. Memandangkan harganya dan size kuih dan nasi lemak, di dalam hati saya telah pun merungut. " Amboi mahalnyaaaa".. hati pun berkata lagi".. x pa lah mesti sedap".. Sampai dirumah saya hanya menjamah 3 sudu nasi lemaknya dan berapa kuih yang tidak cukup rasa. " Adusssss makcik nih... nasi lemak aku buat lagi sedap".. Tipah tertipu... tipah tertipu...
Sejak itu, saya tidak lagi berangan untuk membeli jualan makcik tepi pagar. Apa yang saya musykilkan, pasti jualannya habis setiap hari. Pasti ada orang singgah membelinya. Kenapa ya?, Ini mesti orang KL tak kisah pasal makan. Janji makan dan kenyang dah cukup syarat sarapan pagi. Puas saya memikirkan perihal manusia yang suka beli Nasi Lemak tepi pagar. Mungkin manusia citarasa berlainan. Mungkin saya amat cerewat tentang makanan... semuanya mungkin... apa la ko ni... banyak sangat pikirnya.. Ermmm tak sedap pun tetap orang beli..
Yang pasti saya telahpun menemui jawapannya. Itu adalah rezeki Allah. Makcik Nasi Lemak sanggup membuka payung setiap hari. Sanggup dia menyusun barang jualan atas meja. Sanggup dia berhujan dan berpanas hanya menjual nasi lemak dan kuih semata2 untuk mencari rezeki. Keikhlasan dia mencari rezeki, dia dirahmati Allah. Syukran alhamdulillah, Allah mematangkan fikiran saya. Maafkan saya makcik kerana merungut. Saya berdoa agar Makcik dianugerahkan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.Thanks Allah.


