


Menyambut raya bersama keluarga tercinta di kampung subang. Mak dan Abah amat gembira sekali kerana semua anak-anak ada bersama. Tema warna baju raya warna pink. Sedondon dengan kerabat Penang. Baju raya kali ini dijahit oleh kakak kesayanganku Janiah. Tak lupa juga kami sediakan baju raya sama warna untuk Abah dan mak tapi malangnya Kak Jan tidak sempat buat baju raya untuk mak... Frust pula rasanyaa.. Tak pa la tunggu raya haji pulak.
hubby, Acha n E-pan bergambar di pagi raya. Abah terus hantar gambar ni ke hp Abang Nan di Penang. Hati ma terusik melihat abah n anak-anak amat gembira di pagi raya. Maklumlah E-pan baru saja pulih dari sakit paru-paru. Abah pula sibuk dengan kerja dan outsation.

Ini gambar along sekeluarga bersama abah. Tema warna baju warna kuning. Anak-anak along dah besar. Semuanya lelaki. Yang perempuan kecil tuh Eira anak kepada adik lelaki. Semoga diberkati Allah semuanya.
syukur Alhamdulillah, Dengan izin Allah, kami masih dapat mengharungi kehidupan bersama. Anak-anak membesar depan mata. Suami selalu berjenaka memeriahkan dan mewarnai kehidupan ma. Ma sentiasa ingat pesan abah dan mak.... JAGA SUAMI, TAAT SUAMI DAN DIDIK ANAK-ANAK DGN BAIK". Insyaallah ...


No comments:
Post a Comment