Wednesday, September 9, 2009

Birthday hubby n Son


Anak lelaki dan suami dilahirkan pada tarikh yang sama, 31 Julai. Perangai pun sama juga tapi bezanya Epan ada type MAT SMART tahap maksimum. Abahnya jarang nak Smart tapi bila jumpa kawan-kawan baru nak Smart skit. Petang 31 julai, Abah bawa kami makan di Pizza Hut Bukit Bintang. Tempat favourite kami, ramai orang international. Cantik tempat tuh. Hari Ahad pula, sambut birthday di rumah mak di kampung. Sempena harijadi, Abah pakai baju yang dibeli oleh mama. Epan pakai kasut baru sempena hadiah hari jadi. Baju dan kasut beli di SOGO, kos RM150.00. Happy sangat Abah n Epan dapat hadiah. Alhamdulillah ada rezeki untuk Abah n Epan. Untuk menu harijadi, Noura masak mee rebus, nasi briyani+ayam dan agar-agar milo. singgah di kedai kek, Birthday boy sibuk memilih kek. Noura pilih kek 1/2 kilo untuk hubby. cian hubby kena bayar kek tuh hehehe. Tak pa la kan, rezeki yang ada perlu berkongsi, Bila sampai ke rumah nenek, anak-anak kak long dah balik sepang. Penat dah tungu kami kata mak. Eira menjemput kawan-kawanya datang menyambut harijadi epan dan abahnya.
Mula2 abah, mama, Acha, Eira, Nenek dan kawan-kawan menyanyikan lagu bithday untuk Epan sahaja. Epan tiup lilin n potong kek. Selepas kawan-kawan menjamu selera, Mak nyanyi lagu
Allah selamatkan kamu khas untuk Abah. semua ikut menyanyi sama. lepas tuh Abah pulak nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri. Happy birthday to meeeeeee. Semua orang gelak sebab Abah wat lawak. Mak nampak gembira walaupun mak masih dalam rawatan KIMO dan lemah tubuh badan. Harapan kami, mak cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment