Monday, May 16, 2011

CUBA LAH HEINZ, HUNTS



Noura memang gemar menggunakan produk Heinz dan Hunts dalam menyediakan masakan terutama nasi tomato dan ayam masak merah. Begitu juga menyediakan makanan dalam stail barat.  Bukan niat untuk buat promosi, bukan dapat duit pun buat promosi tapi berbelanja lebih . Mungkin noura ni ada perasaan giler kepada dua product nih sebab keenakan masakan menggunakan produk ini hingga orang berkata sedapnyaa. hingga menjilat jari.  One day, my good friend morni minta noura ajarkan cara2 masak nasi tomato... Amboiii siap member tanya masakan nasi tomato ni, mesti sedapkan... . Baik kita puji diri sendiri.. masuk bakul yang besar2 baru best. Morni pun tanya produk Heinz/Hunts mempunyai sijil halal erkk erkk erkkk...  gagap seketika. aiseyman Halal ker tidak nih.. check kat botol n tin Heinz and Hunts tiada tanda halal.. aduhhhh luruh jantung nih... selalunya noura check tanda halal ker tidak. macam mana leh lupa nih. emmm minggu lalu ternampak iklan Heinz di tv, ada tanda halal..phewww selamattttt rasan. Then check hunts thru internet, perhhhh leganya Halal rupanya...Apa lagi promote la...  






Walaupun mahal produk Heinz tapi kepuasan makan nih tiada tandingan..

Jom tengok apa kata HEINZ dari USA nih:

Satisfying Tastes and Appetites Around the WorldSatisfying Tastes and Appetites Around the World
People all over the world choose Heinz because our brands make mealtime an uncommonly good experience.
Since 1869, Heinz has been developing foods that are superior in quality, taste and nutrition. And while much has changed over the past 139 years, our focus has not— we aim to enrich people’s lives with great-tasting, convenient, and healthy foods every day. As The Good Food Company, our philosophy on food is simple. We use only the finest ingredients and most flavorful recipes to satisfy a variety of tastes, appetites and eating occasions around the world.


Heinz Hits the SpotHeinz Hits the Spot


Whether you’re at home, dining out or on the go, trust Heinz to bring something special to the table, every time. From Ore-Ida®, the leading innovator in frozen potatoes… to Heinz® Beans, a household staple in the United Kingdom…to Plasmon®, Italy’s most trusted baby food, Heinz foods bring smiles to the table.
Bagel Bites® are a trusted, smart snacking option for moms and kids alike. T.G.I. Friday’s® offers snacks and meals that bring the bold restaurant flavors home. Consumers interested in reaching or maintaining a healthy weight while still enjoying the foods they love most rely on Weight Watchers® Smart Ones® and Weight Watchers® from Heinz®. Busy families in New Zealand and Australia reach for Wattie’s®. No matter what you’re hungry for, Heinz foods hit the spot.


Noura x boleh masak nasi tomato tanpa HEINZ and Hunts. Untuk anak2 noura, jangan lupa guna produk ni ya... amboiii ini bermakna my generation guna produk ni kalau memasak... emmm semoga anak2 boleh memasak dengan baik.

Thursday, May 5, 2011

Mengapa piring Astro mengadap kiblat



Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?








KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya - Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.







Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf di keliling Kaabah kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini akan sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji lah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Tq for the beautiful info