Friday, December 4, 2009

Ulang Tahun Perkahwinan 2009

1 Disember 2009 adalah hari ulang tahun perkahwinan kami. Masing-masing senyap jer pagi tuh. Kelam kabut nak bersiap gi keje. Abah sibuk nak gi Outstation. Pekena teh tarik n roti bakar kat kedai mamak. Lepas tuh Abah cepat-cepat nak pi Alorstar, Jam pun dah pukul 10.00am. Meeting pukul 2.30ptg. Kesian abah ya... Dalam hati ma, apa la abah ni, hari aniversary pun lupo koooo. Apa lagi, ma tipon Abah masa abah tengah drive n wish happy anniversary. Abah poyoooooo tull la. Wish me Happy Anniversary n doa... amin. Semoga Allah merahmati kehidupan kami, memanjangkan jodoh kami dan memurahkan rezeki kami.   Nak beli apa ya!! Masa lunch time, ma ke Sogo bersama officemate. ma jadi bengong... apa la nak bagi Abah nih. Esok harinya ma melangkah ke Pertama Complex.

Bargain harga dengan taukeh kedai. Taukeh kata design baru tuh. Taukeh tuh letak harga RM500.00. Adusssss mana nak cari duit nih. bargain lagik. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga beli dengan harga mampu milik. Taukeh kedai nampak tension hehehe. Ketika itu ma rasa happy sangat dapat beli hadiah untuk abah. Harap2 abah suka. Petang tuh ma balut hadiah abah dalam kotak kasut. Dalam kotak tuh ada acuan roti jala. kotak jam ma bungkus dengan kertas surat khabar. Mesti abah panic dapat hadiah macam tuh hehehe. Tipon abah cakap ada hadiah untuk abah. eiiiiiiii abah happy jer. X sabar nak balik umah. Petang magrib abah call tanya ma nak tak set periuk harga RM700.00. wowwwww.. emmmm x pa la abah. Bukan ma x nak tapi ma serba salah sebenarnya. Ma cakap abah beli periuk tuh di KL. Barang-barang Penang ni mahal gak. Abah sounds panic sebab hadiah untuk ma x beli lagiiii. Sabar la abah. Abah sampai pukul 5.00 pagi, buka hadiah tapi kelakar muka abah berkerut tengok acuan roti jala hehehe.Abah tanya apa benda ni??? ma cakap ini benda untuk reduce dengkuran abah . heheheh. Abah pegang kertas serabut tuh nampak kotak jam. Abah happy... emmm besarnya jam abah hehehhe.
Esok pagi abah tanya ma nak hadiah apa? ma nak handbag tau abah. Petang ada surprise untuk ma. Dapat bunga roses n tulip tanda " I LOVE U SO MUCH" ... Romantis juga hubby ma nih

Abah kata handbag nanti ma pilih bila gi shopping.... thanks abah...


Thursday, December 3, 2009

RESEPI MENGEKAL KEBAHAGIAN SUAMI ISTERI




Resepi agar cinta suami isteri tetap utuh:-

1. Lontarkan pujian pada pasangan
*lemparkan pujian pada pasangan dengan hati yang ikhlas. Yang pasti pasangan akan bahagia dengan pujian tersebut.
2. Seks=Wajib
* Ini adalah faktor pengikat suami isteri dalam rumahtangga
3. Jadilah pasangan yang boleh diharap
* Bantulah pasangan sekiranya dia dilanda masalah. Cuba ceriakan dirinya sewaktu kesedihan. Jadikan diri anda sebagai sahabat dan memberi perlindungan agar pasangan berasa selamat
4. Jangan abaikan masalah kecil
*setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan segera. Hindari perkara yang menyakiti pasangan. Elakan tido sebelum masalah itu selesaikan. Ianya akan mempengaruhi emosi serta aktiviti anda keesokan hari.
5. Jagalah komunikasi
*Sentiasa berhubung dengan pasangan. Sentiasa bersembang, meminta pendapat atau sekadar bercerita apa yang berlaku seharian
6. Saling mempercayai
* Agar cinta suami isteri sentiasa kukuh melewati masa, faktor kesetiaan tidak boleh diabaikan. Harus memegang dan menjaga kepercayaan insan yang disayangi. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap negatif yang tiada asas atau tiada bukti.
7. Perbaiki cinta anda selalu
*Sentiasa menambah cinta yang ada dengan memberi suasana baru dalam kehidupan rumah tangga. Sentiasa bercuti bersama pasangan, anak, makan malam romantis untuk mengeratkan lagi perhubungan.