Hayati lah sajak ini: (diambil dari majalah)
KERANA KITA
____________________
Kerana dia telah kupanggil suami;
Masa lalu tenggelam, bersama bulan
bersama matahari, Masa depan
adalah hidangan, kasih nan luas
tak terperi, Entah hiba,
entah ceria, entah tak ada,
ia misteri
Kerana aku telah dipanggil isteri;
Nescaya kusongsong ,hari dengan erti
Kentalnya semangat,mimpi bukan ilusi
Mercu cinta ini tidak,lunyai menemani hari
Perkahwinan adalah,kota maaf
gerbangnya setia,simpanlah aib kerana
ia adalah rahsia,Sanggulkan wangi
jujur pada hati,Kutiplah bunga damai
di sisi hari
Dalam belentara,cinta yang menyala
Perkahwinan ini,anugerah dari
tepukan bahagia,Kita terus melangkah
tanpa curiga malah siaga
Menyandang restuMu,Illahi, Rabbul Izzati
Kerana kita;
Suami adalah nafas hidup
Isteri adalah,nadi jiwa
Kuala Lumpur
28 Mei 2004
Sunday, July 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment